Thursday, February 12, 2009

Ibuku Sayang


Ini gambar ibu kami yang terkini. Ibu dalam proses penyembuhan (recovering). 16hb Nov 2008, ibu dimasukkan ke Hospital Pantai Mutiara, P.Pinang kerana "heavy period" dan sakit dada.Sakit-sakit ni dah lama, hampir 8 bulan. 17hb Nov 2008, ibu menjalani "angiogram" under Dr. Awangku (Kardiologist..mmm betul ke spelling?) untuk scan jantung. Alhamdulillah, tak ada masalah. Pada 19hb Nov 2008, ibu menjalani DNC kerana period yang panjang, dan 2 minggu ni sangat banyak. Alhamdulillah, selamat semuanya, dan Dr Teh Mii Lii kata, tak ada jangkitan kuman. Tetapi seminggu kemudian, dapat kesan ada cyst dalam ovari ibu. Cepatnya timbul? Sebelum ni tiada. So???? Pelikkan...Dalam perjalanan pulang ke rumah, abah pasang kaset ceramah Ustaz Ismail Kamus tentang jin..rupa-rupanya sakit ibu macam yang ustaz ceritakan dalam ceramahnya. Abah bawa ibu ke Darus Syifa' di Parit Buntar. Alhamdullillah, semuanya terjawab. Kadang-kadang kita tak percaya pada benda-benda mistik ni tetapi perlu ingat syaitan dan kuncu-kuncunya akan sentiasa menggoda kaum Adam. Sekarang ibu sihat setelah menjalani pembedahan "laparaskopik" untuk membuang cyst dalam ovarinya. Dalam masa yang sama, ibu terus berubat di Darus Syifa'. Walaupun ibu masih kurus, tapi ibu dah tak cengkung macam dulu. Pelbagai halangan dan rintangan yang ibu hadapi, tetapi ibu seorang yang cekal hati. Kami semua sayang pada ibu.

Saturday, November 8, 2008

Nurul Farhanah

Ini Nurul Farhanah, baby paling comel dalam family kami.
Ini Pak Anjut. Uncle yang paling vogue. Kalau Pak Anjut ada kat umah, kami kenyang sebab Pak Anjut rajin cuba resepi baru. Dah tentu belajar dari ibu lah. Ibu ajar MPV Katering & Penyajian. Gambar ni diambil sebelum Pak Anjut fly ke France.


Ibu dan Hannah



Ibu, Hair Nisya Bt Hamsan. Dah kurus 59kg. BMI ideal. BMI = Berat (kg) / Tinggi (m)2 . Sebelum ni, mantain 69 - 70 kg. Rahsianya..diet makanan seimbang. Tiada santan, guna susu low fat, lebihkan sayur dan buah, makan oat (breakfast n supper). Abah pun makin sayang. Tambah pula Hannah semakin aktif..tak boleh duduk diam. Ibu fobia sikit amik gambar..dulu gemuk..fobia tu tak hilang lagi.


Cerita-ceritet adik-adik ibu

Ibu Nurul Atikah mempunyai 10 orang adik-beradik. Ibu Nurul Atikah adalah anak yang sulung. Tanggungjawab ibu terhadap adik-adiknya amat besar. Walaupun sudah bergelar isteri kepada Norhisham, ibu tetap mempastikan adik-adiknya tidak terabai. Jika tidak dapat dibantu dengan wang ringgit, ibu akan pastikan mereka dapat kemudahan dari segi yang lain. Nurul Atikah dan adik-adik yang lain amat rapat dengan semua ibu dan bapa saudara sebelah ibunya. Antara yang pernah tinggal dengan ibu ialah Mak Teh, Pak Met, Acik Jah, Pak Anjut dan Pak Usu Wawan. Mak Tam dan Pak Lang Aan cuma sekejap-sekejap je. Kiranya yang paling lama duduk dengan kami ialah Pak Anjut. Mak Teh, lecturer di UPM. Pak Met jurutera di Pasir Gudang, Acik Jah Radiologist di HUKM dan Pak Anjut sekarang berada di Perancis. Mak Tam, jurutera di Petronas. Atuk ayah kata Mak Tam kerja lebih tinggi dari orang lain. Yelah, ofis Mak Tam tingkat 76, bangunan sekolah ibu mengajar pun baru 4 tingkat. Pak Lang Aan di Al-Azhar, Mesir. Mak Ngah dan Pak Ude tak duduk dengan ibu. Tapi sekarang Pak Ude tinggal dekat dengan kami (Bagan Serai, Perak).

Sunday, October 26, 2008

Keluarga Ika Farhana

Ika Farhana adalah singkatan nama Nurul Atikah, Nurul Nabilah dan Nurul Farhanah. Cuma dalam gambar ni tak de gambar farhana. Yang ada Muhammad Noraiman. Aiman tak dapat join nama sebab dia putra. Berikut adalah gambar ketika holiday di Bukit Cherakah, balik dari kampung, raya tahun 2006. Gambar raya di rumah mak ayah, raya 2006. Sekarang dah banyak berubah. Anak-anak pun dah bertambah besar dan ramai.