Thursday, February 12, 2009

Ibuku Sayang


Ini gambar ibu kami yang terkini. Ibu dalam proses penyembuhan (recovering). 16hb Nov 2008, ibu dimasukkan ke Hospital Pantai Mutiara, P.Pinang kerana "heavy period" dan sakit dada.Sakit-sakit ni dah lama, hampir 8 bulan. 17hb Nov 2008, ibu menjalani "angiogram" under Dr. Awangku (Kardiologist..mmm betul ke spelling?) untuk scan jantung. Alhamdulillah, tak ada masalah. Pada 19hb Nov 2008, ibu menjalani DNC kerana period yang panjang, dan 2 minggu ni sangat banyak. Alhamdulillah, selamat semuanya, dan Dr Teh Mii Lii kata, tak ada jangkitan kuman. Tetapi seminggu kemudian, dapat kesan ada cyst dalam ovari ibu. Cepatnya timbul? Sebelum ni tiada. So???? Pelikkan...Dalam perjalanan pulang ke rumah, abah pasang kaset ceramah Ustaz Ismail Kamus tentang jin..rupa-rupanya sakit ibu macam yang ustaz ceritakan dalam ceramahnya. Abah bawa ibu ke Darus Syifa' di Parit Buntar. Alhamdullillah, semuanya terjawab. Kadang-kadang kita tak percaya pada benda-benda mistik ni tetapi perlu ingat syaitan dan kuncu-kuncunya akan sentiasa menggoda kaum Adam. Sekarang ibu sihat setelah menjalani pembedahan "laparaskopik" untuk membuang cyst dalam ovarinya. Dalam masa yang sama, ibu terus berubat di Darus Syifa'. Walaupun ibu masih kurus, tapi ibu dah tak cengkung macam dulu. Pelbagai halangan dan rintangan yang ibu hadapi, tetapi ibu seorang yang cekal hati. Kami semua sayang pada ibu.

4 comments:

anjut said...

caiyok kaklong!!!

umi_kalsom said...

k.icak, mimi nie, anak cik yah..em, mamet kat pasir gudang ker? kat ner dia duduk?mimi ngajar kay pasir gudang.. duk kat kuarters taman mawar...

DeAnaziha said...

Bila nak update?????!!!!!

Sir Tauhid Alhaj said...

Ichak!
Maaf le poksu Tak join pun dalam blog ichak,bukan tak sudi tapi blum mahir.ini pun pelan-pelan buat.anyhow when r u going to up date yr blog,it seems to be 4 mths tak terusik. hehehe